Cari @ Amanz

Google kadang-kala akan hadir dengan koleksi pilihan aplikasi menarik bersempena dengan sesuatu perayaan atau hari khusus. Terkini, dilihat mereka juga sedang bereskeperimen dengan koleksi khusus bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Google Play Store Merdeka

Apa pun, nampaknya pihak Google membuat sedikit kesilapan pada halaman yang memperlihatkan koleksi 20 permainan pilihan pengguna Malaysia, apabila menyatakan ia sebagai Hari Kemerdekaan Ke-69.

Ia tidak diketahui bagaimanakah pihak Google boleh tersilap mengenainya. Secara kasarnya, ia dilihat berkemungkinan mereka menggunakan template yang sama dengan Indonesia, memandangkan mereka baru-baru ini telah menyambut ulang-tahun Hari Kemerdekaan yang ke-69 di negara mereka.

Sekiranya ia sekadar teks sahaja, mungkin ia secara tidak sengaja – tetapi memandangkan ia turut hadir dalam bentuk grafik, maka mungkin pihak Google terlupa untuk menyemak terlebih dahulu hari Kebangsaan Malaysia yang mana merupakan pada 31 Ogos 1957, dan tahun ini kita menyambut ulang-tahun ke-57.

Memandangkan kerana tidak semua pengguna yang dapat melihat perkara ini, mungkin pihak Google telah mengenal-pasti kesilapan ini dan menarik balik ia daripada diterbitkan kepada lebih ramai pengguna seluruh negara.

Google Play Store Merdeka

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd