SPAD : Uber Perlu Patuhi Undang-Undang Di Malaysia

SPAD : Uber Perlu Patuhi Undang-Undang Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 28, 2014 oleh .

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini telah mengeluarkan kenyataan mengatakan yang mana Uber melakukan beberapa kesalahan dalam menjalankan perkhidmatan mereka, dan mengatakan mereka perlu mematuhi undang-undang di Malaysia untuk perkhidmatan tersebut.

Menurut SPAD, Uber melakukan beberapa kesalahan, dan antaranya adalah menggunakan kenderaan peribadi untuk mengambil penumpang awam, selain beberapa pemandu dibawah perkhidmatan tersebut yang turut tidak mempunyai lesen memandu PSV (Kenderaan Perkhidmatan Awam).

Apa pun, pihak SPAD dilihat mengambil pendekatan yang baik, dan sedia membenarkan Uber terus beroperasi – dengan syarat kenderaan dan pemandu mempunyai lesen yang sewajarnya.

SPAD mengatakan mereka telah menghubungi Uber melalui telefon dan emel, tetapi Uber gagal memberikan respon. Ramai pengguna dilihat berpuas hati dengan perkhidmatan Uber, tetapi memandangkan ia tidak mengikuti peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan, maka tiada jaminan perlindungan untuk jangka panjang bagi orang ramai.

Uber sebelum ini telah mengatakan mereka merupakan syarikat teknologi yang menghubungkan pemandu dan penumpang melalui aplikasi mereka ketika pengenalan perkhidmatan UberX di Kuala Lumpur. Selain di Kuala Lumpur, pihak Uber turut sedang menguji perkhidmatan mereka di Johor Bahru, dan turut dilihat bakal memperluaskan ia ke Pulau Pinang tidak lama lagi. Pihak Uber turut menekankan sebelum ini yang mana pemandu yang menggunakan perkhidmatan mereka melalui pelbagai proses untuk memilih yang terbaik dan menawarkan pengalaman pemanduan yang selesa.

Uber KL

Uber KL


TIPS & ULASAN