Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah memperkenalkan satu lagi jam tangan pintar baru daripada mereka, dinamakan sebagai Gear S. Menariknya mengenai peranti ini adalah dimana ia boleh beroperasi untuk membuat panggilan telefon dan menerima mesej – walaupun tanpa perlu dihubungkan ke telefon pintar untuk menggunakannya.

Samsung Gear S

Perkara ini dijayakan dengan sokongan modem 3G yang disertakan pada peranti ini – sekaligus membolehkan pengguna menyertakan kad-SIM pada jam tangan ini. Ia dilihat pihak Samsung meletakkan ruangan kad-SIM pada bahagian belakang peranti tersebut.

Samsung Gear S

Disamping itu, Gear S turut menyertakan skrin bersaiz 2-inci Curved Super AMOLED, dan turut membawakan tali jam tangan yang boleh diubah – seperti Gear 2 sebelum ini. Sokongan S-Voice turut disertakan pada peranti ini, yang mana menggunakan platform Tizen untuk beroperasi. Beberapa perkara lain seperti S-Health dan Nike+ Running hadir bersama-sama dengannya.

Pihak Samsung turut mengatakan yang mana pengguna boleh memilih sama ada ingin menghubungkan ia ke peranti lain menggunakan Bluetooth ataupun menggunakan rangkaian 3G untuk beroperasi.

Bersama-sama dengan Gear S ini, Samsung turut memperkenalkan Gear Circle yang mana merupakan fon telinga dengan sokongan Bluetooth untuk memudahkan pengguna menerima panggilan, membuat arahan suara, dan juga mendengar lagu. Gear Circle turut hadir dengan sokongan getaran untuk membolehkan pengguna mengetahui akan panggilan masuk dan juga notifikasi.

Samsung Gear Circle

Kedua-dua peranti ini akan diperkenalkan secara berperingkat oleh Samsung untuk pasaran global bermula bulan Oktober ini

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd