WIYO Diperkenalkan Di Malaysia – Menawarkan Langganan Data Di Lebih 25 Buah Negara

WIYO Diperkenalkan Di Malaysia – Menawarkan Langganan Data Di Lebih 25 Buah Negara

Diterbitkan pada Ogos 28, 2014 oleh .

Bagi anda yang sering ke luar negara, salah satu perkara yang sering dicari adalah sokongan perantauan, ataupun membeli kad-SIM tempatan di negara tersebut. Selain kedua-dua alternatif, kini sebuah perkhidmatan baru hadir ke Malaysia, dinamakan sebagai WIYO.

Wiyo

WIYO merupakan salah satu perkhidmatan langganan pocket-wifi, dimana pengguna boleh melanggan sebuah modem mudah-alih khas yang turut hadir dengan sokongan akses internet di negara yang dituju mereka. WIYO mengatakan mereka menawarkan kelajuan sehingga 4G melalui perkhidmatan mereka bergantung kepada negara yang dituju.

Untuk harga, WIYO mengenakan caj mengikut harian, dimana secara kasarnya ia adalah antara RM30 hingga RM40 sehari. Penggunaan kuota adalah mengikut negara yang dituju, dimana ada sesetengah yang menawarkan penggunaan tanpa had.

Wiyo Malaysia

Bagi mereka yang ingin melanggan perkhidmatan WIYO ini, anda hanya perlu membuat tempahan di laman web rasmi mereka, dan kemudian membuat pembayaran deposit untuknya. Kemudian anda boleh mengambil peranti pocket-wifi berkenaan di pejabat mereka di Publika atau meminta mereka menghantar ia terus ke rumah anda (dengan caj tambahan).

Layari : Wiyo Malaysia


TIPS & ULASAN