Lenovo Memperkenalkan Lima Komputer Baru Di Malaysia – Termasuk Flex 2

Lenovo Memperkenalkan Lima Komputer Baru Di Malaysia – Termasuk Flex 2

Diterbitkan pada Ogos 28, 2014 oleh .

Lenovo hari ini telah memperkenalkan lima produk perkomputeran baru mereka untuk pasaran tempatan, yang mana terdiri daripada komputer riba dan juga komputer AIO. Peranti yang diperkenalkan oleh mereka adalah Lenovo N300 AIO, Lenovo C470 AIO, Lenovo Y5-70, Lenovo Z50-70 dan juga Lenovo Flex 2.

Lenovo N300 AIO merupakan komputer semua-dalam-satu daripada Lenovo, dan menariknya ia menggunakan sistem operasi Android. Ia hadir dengan skrin bersaiz 19.5-inci, dan turut menyertakan bateri terbina untuk memudahkan anda menggunakannya secara mudah-alih. Lenovo N300 AIO ini dijual pada harga bermula RM1349 di Malaysia.

Lenovo N300 AIO

Untuk mereka yang inginkan komputer semua-dalam-satu berasaskan Windows pula, pihak Lenovo mengumumkan Lenovo C470 AIO, yang mana hadir dengan skrin bersaiz 21.5-inci, dilengkapi Windows 8.1, serta dijana menggunakan cip keluarga Intel Core. Komputer AIO ini turut dilengkapi dengan ruangan storan sehingga 1TB untuk membolehkan anda menyimpan pelbagai fail multimedia didalamnya. Di Malaysia, Lenovo C470 AIO akan dijual pada harga bermula RM1849.

Lenovo C470 AIO

Lenovo turut memperkenalkan komputer riba memfokuskan permainan, iaitu Lenovo Y50-70 untuk pasaran tempatan, dimana ia hadir dengan pelbagai spesifikasi tinggi termasuk cip pemprosesan Intel Core, kad grafik NVIDIA GeForce, skrin bersaiz 15.6-inci, dan menggunakan Windows 8.1 64bit. Di Malaysia, Lenovo Y50-70 akan dijual pada harga bermula RM3999.

Lenovo Y50

Bagi anda yang inginkan komputer riba memfokuskan kepada tugasan pejabat, disamping dengan rekaan elegen, pihak Lenovo memperkenalkan Z50-70 untuk pasaran tempatan. Ia hadir menggunakan sistem operasi Windows 8.1, dilengkapi skrin bersaiz 15.6-inci, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core. Di Malaysia, ia dijual pada harga bermula RM2399.

Lenovo Z50

Dan produk terakhir yang diperkenalkan oleh Lenovo Malaysia hari ini adalah Lenovo Flex 2 – dimana hadir dalam dua mod penggunaan, sama ada sebagai laptop atau untuk menikmati multimedia. Lenovo Flex 2 menggunakan cip pemprosesan Intel Core, dilengkapi dengan sistem operasi Windows 8.1, dan dikatakan menawarkan masa penggunaan sehingga 6-jam. Dua variasi ditawarkan, dimana bersaiz 14-inci dijual pada harga bermula RM1699, sementara bersaiz 15.6-inci pula pada harga bermula RM2799.

Lenovo Flex 2


TIPS & ULASAN