Twitter Analytics Diperkenalkan Untuk Semua – Membolehkan Anda Melihat Prestasi Tweet Anda

Diterbitkan pada Ogos 28, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TwitterTwitter sebelum ini telah memperkenalkan halaman statistik dinamakan Twitter Analytics untuk akaun yang disahkan dan untuk pengiklan pada platform tersebut. Kini, mereka turut melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan perkhidmatan tersebut kepada semua pengguna seluruh dunia.

Menggunakan Twitter Analytics, pengguna boleh melihat pelbagai data, termasuk bagaimana prestasi sesuatu tweet mereka, dan mengoptimasikan ia untuk dibaca oleh ramai pengguna.

Disamping itu, pengguna turut boleh melihat data untuk sesuatu tweet spesifik, dimana pengguna boleh lihat berapa banyak klik yang diterima dan juga berapa kali sesuatu tweet tersebut dibaca oleh yang lain.

Twitter Analytics

Twitter Analytics

Bagi anda yang berminat, anda boleh melihat sendiri Twitter Analytics anda hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami