32 Plaza Tol Di Lembah Klang Akan Beralih Ke Tol Elektronik Sepenuhnya Pada 2016

32 Plaza Tol Di Lembah Klang Akan Beralih Ke Tol Elektronik Sepenuhnya Pada 2016

Diterbitkan pada Ogos 28, 2014 oleh .

Beberapa plaza tol telah mula menggunakan Sistem Kutipan Tol Secara Elektronik (ETC) untuk mengatasi masalah trafik di plaza tol, dan perkara tersebut dijangka akan diperluaskan ke lebih 32 plaza tol di Lembah Klang menjelang tahun 2016 kelak.

Melalui kajian kasar, ia dilihat pembayaran tunai mengambil tempoh transaksi sehingga lebih 30 saat – berbanding penggunaan SmartTag dan Touch ‘n Go yang dilihat lebih pantas. Melalui penggunaan tol ETC, ia dilihat akan menjadikan proses tersebut lebih pantas, dimana ia dikatakan transaksi penggunaan SmartTag hanya mengambil masa sekitar 3 saat.

Perkara ini sekaligus memperlihatkan yang mana pengguna akan dapat melalui plaza tol dengan lebih pantas berbanding sekarang ini.

Antara plaza tol yang akan mula menggunakan Sistem Kutipan Tol Elektronik ini menjelang tahun 2016 kelak adalah termasuk ELITE (Expressway Lingkaran Tengah), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Pantai Baharu, dan juga Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.


TIPS & ULASAN