Carian
U Mobile Melancarkan Quickpay – Memudahkan Pekedai Menerima Bayaran Kad Kredit
August 28, 2014 Ikhwan Nazri

U Mobile sebelum ini telah mula menawarkan QuickPay melalui laman rasmi mereka, dan hari ini, mereka secara rasminya melancarkan ia kepada umum. Untuk yang tidak mengenali QuickPay, ia merupakan salah satu sistem pembayaran mudah-alih, membolehkan para pemilik perniagaan untuk menerima bayaran berasaskan kad kredit dengan mudah.

quickpay-1

Melalui U Mobile Quickpay, pelanggan U Mobile perlu memuat-turun sebuah aplikasi khusus dinamakan U Mobile Quickpay App yang mana hanya khusus untuk peranti Android sahaja buat masa ini. Seterusnya, pengguna boleh menggunakan peranti tambahan yang disediakan pihak U Mobile untuk membaca kad kredit/debit, dengan menghubungkan ia menggunakan ruangan audio-jack pada telefon pintar atau tablet. Amaun dan maklumat bayaran termasuklah tandatangan akan dimasukkan dan kad kredit/debit pembeli boleh diluncurkan atau dibaca melalui pembaca kad tersebut. Resit pembelian akan dihantar terus melalui emel atau MMS kepada pembeli.

U Mobile QuickPay ditawarkan pada harga RM250 dan pengguna perlulah menggunakan pelan internet U Mobile untuk menggunakannya.

Selain daripada U Mobile, beberapa pihak lain turut menawarkan peranti yang lebih kurang sama, termasuk pihak DiGi dan juga CIMB.

Komen