Cari @ Amanz

Sony hari ini telah menerbitkan sebuah video teaser untuk acara IFA 2014 yang akan diadakan pada minggu hadapan, dimana melalui video berkenaan mereka memfokuskan kepada angka tiga – berkemungkinan merujuk kepada keluarga Xperia Z3 baru.

Xperia IFA 2014

Disamping itu, pada video sama juga mereka memperlihatkan yang mana berkemungkinan mereka akan memperkenalkan tiga peranti baru pada acara berkenaan.

Mengikut spekulasi sebelum ini, Sony dijangka akan memperkenalkan tablet bersaiz sekitar 8-inci dinamakan Xperia Z3 Tablet Compact, selain turut hadir dengan telefon pintar Xperia Z3. Pihak Sony juga dikatakan akan memperlihatkan Smartwatch 3 pada acara yang sama.

Sony dijangka akan membuat pengumuman produk-produk baru mereka pada 3 September ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd