Cari @ Amanz

Project WingGoogle sebelum ini telah mengambil-alih syarikat dron yang mana dilihat lebih kepada rakaman gambar untuk Google Maps. Namun, ia dilihat bukan setakat itu sahaja, apabila terkini pihak Google melalui bahagian Google X mengumumkan projek terbaru mereka dinamakan Project Wing.

Project Wing ini dikatakan telah dibangunkan sejak lebih daripada dua tahun yang lepas. Melalui Project Wing, ia memfokuskan kepada penghantaran barang menggunakannya, sekaligus membolehkan sesuatu barangan dihantar dengan pantas, selamat dan lebih efisyen lagi.

Google turut menekankan yang mana ia bukan sekadar fokus terhadap jual-beli online sahaja, tetapi ia juga amat berguna untuk menghantar barangan atau keperluan ke tempat bencana – memandangkan kenderaan darat akan mengalami kesukaran untuk menghantar bantuan ketika itu.

Dron dibawah Project Wing ini dilihat boleh menghantar barangan sehingga 10 kg menggunakannya, dan ia dilengkapi dengan cip GPS, kamera dan beberapa sensor lain. Lokasi penghantaran diprogramkan terlebih dahulu, dan ia akan menghantar ke lokasi tersebut dengan automatik.

Google dilihat sedang menguji ia di Australia buat masa ini, dan semestinya pelbagai perkara lain yang perlu dilakukan sebelum ia digunakan dengan lebih meluas lagi.

Selain Google, pihak Amazon juga turut pernah memperlihatkan projek yang lebih kurang sama pada awal tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd