Google Chrome 64-bit Untuk Mac Memasuki Fasa Beta

Google Chrome 64-bit Untuk Mac Memasuki Fasa Beta

Diterbitkan pada Ogos 29, 2014 oleh .

Google Chrome LogoSelain pengenalan Chrome 64-bite untuk Windows dalam fasa stabil, pihak pembangun pelayar web Chrome juga membawa versi 64-bit untuk Mac selangkah kehadapan dengan menawarkannya bersama-sama Chrome Beta.

Sebelum ini, pihak Google telah menambah sokongan Chrome 64-bit untuk pengguna Mac OS X dalam saluran pembangun, membolehkan ia diuji terlebih dahulu.

Melalui versi 64-bit untuk Mac ini, ia dilihat menawarkan pemprosesan yang lebih pantas, disamping menyertakan beberapa kelebihan seperti dari segi sekuriti dan penggunaan memori.

Versi stabil untuk Mac kelak dijangka hadir sekitar bulan September ini.

Muat-Turun Chrome untuk Mac


TIPS & ULASAN