Dell Inspiron 14 7000 Series Kini Di Malaysia

Dell Inspiron 14 7000 Series Kini Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 29, 2014 oleh .

Dell Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi komputer riba baru yang mana membawakan prestasi pemprosesan tinggi – memfokuskan kepada tugasan harian, gaming dan juga untuk tujuan multimedia, iaitu Dell Inspiron 14 7000 Series.

Dell Inspiron 14 7000

Seperti pada namanya, Dell Inspiron 14 7000 Series membawakan skrin bersaiz 14-inci, dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-4, dan menggunakan kad grafik GeForce GTX bersama-sama dengannya, 8GB memori dan ruangan storan sebesar 1TB.

Komputer riba ini juga turut menyertakan pelbagai port popular, termasuk HDMI, pembaca kad, dan juga tiga ruangan USB. Dell mengatakan ia menawarkan masa bertahan bateri sehingga 8.4-jam.

Dell Inspiron 14 7000

Di Malaysia, Dell Inspiron 14 7000 Series ditawarkan pada harga RM3199, dan boleh didapati daripada para pengedar rasmi Dell seluruh negara.


TIPS & ULASAN