Nintendo 3DS Dan 3DS XL Baru Diperkenalkan

Diterbitkan pada Ogos 29, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nintendo hari ini memperkenalkan Nintendo 3DS dan juga Nintendo 3DS XL baru yang mana membawakan sedikit perubahan pada rekabentuk, disamping membawakan penggunaan pemprosesan yang dikemaskini.

Nintendo 3DS

Nintendo 3DS XL

Nintendo 3DS dan 3DS XL baru ini membawakan sebuah butang tambahan untuk kawalan arah, selain turut menyertakan sokongan NFC padanya. Disamping itu, penggunaan skrin juga dikemaskini untuk menawarkan paparan yang lebih baik (skrin 3DS dinaik-taraf ke 3.88-inci), disamping cip pemprosesan yang dikemaskini untuk memainkan beberapa permainan baru yang memerlukan tenaga pemprosesan tinggi. Pihak Nintendo juga turut telah mengubah penggunaan kad-SD kepada mikro-SD, dan bateri yang membolehkan pengguna memainkannya selama 7 jam.

Konsol permainan mudah-alih ini akan diperkenalkan di Jepun terlebih dahulu, dan beberapa permainan khusus akan turut diperkenalkan bersama-sama dengannya. Ia tidak diketahui lagi bilakah 3DS dan 3DS XL baru ini akan dipasarkan di pasaran antarabangsa.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami