Jam Tangan Pintar Apple Akan Diperlihatkan Pada September – Dijual Pada 2015

Jam Tangan Pintar Apple Akan Diperlihatkan Pada September – Dijual Pada 2015

Diterbitkan pada Ogos 30, 2014 oleh .

Dengan pelbagai pengeluar hadir dengan peranti boleh-pakai mereka tersendiri, Apple tidak ingin ketinggalan dan seperti laporan sebelum ini, mereka dilaporkan akan memperkenalkan peranti boleh-pakai mereka yang pertama pada acara 9 September ini.

Apa pun, ia tidak akan dijual pada tahun ini, dan pengguna perlu menantikan ia sehingga tahun 2015 untuk mendapatkannya.

Perkara ini bukan sesuatu yang baru dilaksanakan oleh Apple, dimana mereka sebelum ini telah mengumumkan iPhone pertama an menawarkannya hanya sekitar enam bulan selepas itu. Baru-baru ini, mereka turut melakukan perkara sama untuk Mac Pro generasi baru mereka.

Ia juga mungkin salah satu kaedah pihak Apple untuk memastikan pengguna ternanti-nanti akan produk mereka dan tidak mendapatkan produk pesaing – disamping pada masa yang sama memberikan masa untuk para pembangun untuk menyediakan aplikasi khusus untuknya.


TIPS & ULASAN