Cari @ Amanz

Dengan acara Apple yang dijadualkan semakin hampir, kini beberapa info baru hadir. Selain dikatakan yang mana ia akan menyertakan sokongan cip NFC, kini beberapa gambar baru tertiris memperlihatkan kerangka luar peranti berkenaan.

Melalui gambar yang tertiris ini, ia memperlihatkan iPhone bersaiz 4.7-inci, dan bahagian tepi peranti (strip) dilihat membawakan sedikit perbezaan berbanding dengan iPhone sedia ada.

iPhone 6 Tertiris

Pada bahagian bawah peranti pula, ia dilihat membawakan ruangan untuk audio-jack, port Lightning, dan juga speaker dengan ruangan yang lebih besar berbanding sedia ada. Bahagian hadapan dilihat membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti versi sedia ada.

iPhone 6 Tertiris

iPhone 6 Tertiris

Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone bersaiz 4.7-inci, membawakan skrin yang lebih besar berbanding iPhone sedia ada. Versi bersaiz 5.5-inci juga dijangka akan menyusul selepas itu. Disamping itu, mereka juga dijangka akan memperlihatkan jam tangan pintar Apple mereka pada acara yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd