Internet Archive Memuat-Naik Jutaan Gambar Bersejarah Dari Buku Lama Ke Flickr

Internet Archive Memuat-Naik Jutaan Gambar Bersejarah Dari Buku Lama Ke Flickr

Diterbitkan pada Ogos 30, 2014 oleh .

Internet Archive sedia popular dengan penawaran mereka untuk pelbagai bahan-bahan bersejarah, dan terkini mereka dilihat memuat-naik jutaan gambar daripada koleksi buku-buku lama ke laman Flickr.

Internet Archive

Pelbagai gambar ini dikumpulkan daripada buku-buku lama dibawah public-domain, dan gambar yang dimuat-naik ke Flickr ini dilesenkan dibawah Creative Commons.

Sehingga kini, pihak Internet Archive telah memuat-naik lebih 2.6 juta gambar ke Flickr, daripada sejumlah 14 juta gambar. Ia akan terus menambah gambar-gambar bersejarah tersebut dari hari ke hari ke akaun mereka di Flickr.

Bagi anda yang meminati sejarah, mungkin boleh melayari laman Flickr hari ini, dan melihat sendiri pelbagai koleksi bersejarah menggunakannya. Anda juga turut boleh membuat carian mudah di akaun tersebut, seperti “telefon” dan melihat pelbagai gambar yang diperlihatkan.

Layari : Internet Archive di Flickr


TIPS & ULASAN