Alienware Area-51 Hadir Dengan Rekaan Yang Unik Untuk Pengaliran Udara Yang Baik

Alienware Area-51 Hadir Dengan Rekaan Yang Unik Untuk Pengaliran Udara Yang Baik

Diterbitkan pada Ogos 31, 2014 oleh .

Bagi mereka yang inginkan komputer memfokuskan permainan, nama Alienware mungkin bukan sesuatu yang asing. Terkini, mereka dilihat hadir dengan komputer baru dinamakan Alienware Area-51 yang hadir dengan rekaan yang agak unik dan berbeza berbanding kebanyakkan komputer di pasaran.

Alienware Area-51

Dari segi rekaan, ia dilihat membawakan rekaan gabungan tiga segi dan juga hexagon, dan dikatakan ia merupakan salah satu usaha untuk mengekalkan udara mengalir dengan lancar dan mengekalkan komputer pada suhu rendah.

Alienware Area 51

Untuk pemprosesan, ia menggunakan cip Intel Haswell-E, hadir dengan sokongan DDR4 RAM, dan beberapa sokongan baru untuk perkomputeran.

Harga dan tarikh penawaran Area-51 ini dipasaran masih tidak diketahui lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN