Sony Smartwatch 3 Berkemungkinan Menggunakan Android Wear

Sony Smartwatch 3 Berkemungkinan Menggunakan Android Wear

Diterbitkan pada Ogos 31, 2014 oleh .

Pelbagai pengeluar telah mula menggunakan Android Wear pada jam tangan pintar mereka, dan kini Sony yang sedia mempunyai platform operasi mereka tersendiri dikatakan akan beralih ke platform Android Wear melalui Sony Smartwatch 3 kelak.

Sony Smartwatch 3

Sony Smartwatch 3 ini kelak dijangka akan menyertakan skrin bersaiz 1.68-inci dengan paparan 320×320 pixel, dilengkapi dengan piawaian IP58 untuk kalis air dan debu, dan dijangka akan menyertakan rekabentuk lebih kurang menyerupai Gear 2 Neo daripada Samsung.

Selain daripada jam tangan pintar berasaskan Android Wear, pihak Sony juga dijangka akan memperkenalkan SmartBand Talk yang mana merupakan kemaskini kepada keluarga SmartBand (SWR10) sebelum ini, dimana ia akan dilengkapi dengan sokongan Bluetooth dan juga skrin dengan paparan e-ink.

Selain kedua-dua produk ini, Sony juga turut dijangka akan memperkenalkan sebuah tablet bersaiz sekitar 8-inci, dan lebih kurang tiga telefon pintar baru pada IFA 2014 kelak.


TIPS & ULASAN