Lenovo Mengumumkan Acara Pengumuman Pada 4 September – Dengan Slogan Seumpama Apple

Lenovo Mengumumkan Acara Pengumuman Pada 4 September – Dengan Slogan Seumpama Apple

Diterbitkan pada Ogos 31, 2014 oleh .

Lenovo hari ini dilihat telah mula menghantarkan jemputan kepada acara media mereka yang dirancang pada 4 September kelak, dimana mereka dijangka akan memperkenalkan telefon pintar Lenovo Vibe X2 pada acara berkenaan.

Lenovo IFA 2014

Menariknya, Lenovo dilihat mencuri perhatian ramai dengan jemputan yang hadir dengan rekaan seumpama jemputan Apple untuk acara iPhone mereka, disamping menggunakan slogan yang berbentuk lebih kurang sama.

Selain itu, mereka turut menggunakan gambar lolipop, sekaligus membuatkan ramai hadir dengan spekulasi untuk Android “L”.

Mengikut desas-desus sebelum ini, peranti Vibe X2 dijangka akan hadir dengan cip pemprosesan dwi-teras 2.2Ghz, skrin bersaiz 5-inci, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. Apa pun, adakah ia benar ataupun sebaliknya dijangka akan terjawab pada acara tersebut, dan sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Lenovo kelak.


TIPS & ULASAN