Kemaskini WhatsApp Baru Dilihat Menyertakan Fungsi Mute Sehingga Setahun

Kemaskini WhatsApp Baru Dilihat Menyertakan Fungsi Mute Sehingga Setahun

Diterbitkan pada Sep 1, 2014 oleh .

Pihak WhatsApp pernah menguji sokongan untuk mute sehingga seabad pada versi beta sebelum ini. Namun, ia tidak direalisasikan pada versi stabil sehingga kini.

WhatsApp  Setahun Mute

Apa pun, ia kini dilihat pihak WhatsApp sekali lagi menguji salah satu tempoh untuk mute yang lama pada versi stabil mereka – membolehkan pengguna untuk mute sehingga setahun untuk sesuatu Group di WhatsApp. Perkara ini mungkin mengembirakan bagi mereka yang inginkan tempoh mute untuk masa yang lebih lama dari seminggu.

Pihak WhatsApp mungkin sekadar menguji fungsi ini sahaja buat masa ini, memandangkan mereka dilihat seperti menggantikan sokongan mute selama sehari yang terdapat pada WhatsApp sebelum ini.

Disamping itu, kemaskini baru ini juga dilihat turut menyertakan sokongan untuk Android Wear.

Bagi pengguna WhatsApp pada Android, anda mungkin boleh mengemaskini aplikasi anda dan menggunakan sokongan baru ini.

Muat-Turun WhatsApp untuk Android


TIPS & ULASAN