AirAsia Menawarkan WiFi Percuma Dalam Penerbangan Sehingga Oktober 2014 Dengan Kuota 1MB

AirAsia Menawarkan WiFi Percuma Dalam Penerbangan Sehingga Oktober 2014 Dengan Kuota 1MB

Diterbitkan pada Sep 1, 2014 oleh .

Hanya penerbangan terpilih dan untuk mengakses beberapa aplikasi permesejan sahaja.AirAsia sebelum ini telah sedia melakukan ujian tertutup untuk sokongan WiFi dalam penerbangan, dan bermula hari ini (1 September) sehingga penghujung Oktober 2014 kelak, mereka melakukan ujian terbuka untuk semua penumpang penerbangan kos rendah tersebut.

Menggunakannya, sehingga 60 penumpang pada penerbangan terpilih boleh menggunakannya dan menguji perkhidmatan tersebut secara percuma. Penawaran ini lebih memfokuskan kepada penggunaan aplikasi sosial, dan mereka dilihat menawarkan kuota 1MB untuk menggunakan aplikasi LINE, WhatsApp dan juga WeChat.

AirAsia WiFi

Sekiranya sesuatu penerbangan menyokong WiFi dalam penerbangan, maka ia akan diumumkan untuk membolehkan penumpang mencubanya.

Pihak AirAsia dijangka akan menawarkan sokongan WiFi untuk perkhidmatan permesejan ringkas, emel, dan penstriman kandungan secara berperingkat selepas ini.

Harga yang akan dikenakan selepas tempoh percubaan ini masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN