Kereta Kompak Proton Baru Bakal Hadir Dengan Sokongan WiFi Hotspot Terbina

Kereta Kompak Proton Baru Bakal Hadir Dengan Sokongan WiFi Hotspot Terbina

Diterbitkan pada Sep 1, 2014 oleh .

Proton kini telah menerbitkan sebuah web baru untuk kereta kompak mereka yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi, sekaligus memperlihatkan beberapa perkara yang akan disertakan pada kereta tersebut kelak.

Proton GCC Baru

Salah satu perkara yang hadir bersama-sama dengan kereta kompak baru ini kelak adalah sokongan sistem inforia yang dikemaskini. Ia dilihat membawakan sedikit perbezaan berbanding inforia yang menggunakan Android pada Suprima S sebelum ini.

Ia dilihat menyertakan sokongan peta terbina untuk berfungsi sebagai GPS, selain turut menyertakan beberapa fungsi lain seperti Bluetooth, Radio dan pemain media.

Disamping itu, pihak Proton turut menekankan yang mana sistem inforia ini turut boleh digunakan sebagai WiFi Hotspot untuk membolehkan penumpang lain menggunakan internet ketika dalam perjalanan.

Namun, bagaimanakah taliannya akan berfungsi masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Selain daripada itu, kereta kompak baru ini juga akan menyertakan sensor kamera belakang, dan juga sokongan untuk memulakan enjin tanpa menggunakan kunci.

Proton GCC Baru

proton-kunci


TIPS & ULASAN