Google Menjadualkan Acara Khas Pada 15 September Di India – Berkemungkinan Mengenai “Android One”

Google Menjadualkan Acara Khas Pada 15 September Di India – Berkemungkinan Mengenai “Android One”

Diterbitkan pada Sep 2, 2014 oleh .

Google kini dilihat telah mula menghantar jemputan kepada media-media di India, untuk sebuah acara khas yang dijadualkan pada 15 September kelak. Walaupun tiada sebarang perkara yang dikatakan, pelbagai spekulasi dan petanda memperlihatkan ia berkemungkinan mengenai Android One.

Google sebelum ini telah mengumumkan perancangan untuk Android One, yang mana merupakan usaha Google bekerjasama dengan beberapa pengeluar di India untuk hadir dengan peranti Android pada harga rendah dan menawarkan pengalaman penggunaan Android sebenar.

Google 15 September

Ini juga boleh dikatakan sebagai usaha Google untuk terus menarik pasaran negara-negara membangun dengan menawarkan peranti pada harga sebenar dan fungsi-fungsi seumpama peranti lain.

Maklumat lanjut berkaitan dengan Android One mungkin akan diketahui pada tarikh tersebut. Buat masa ini, Google dilihat menyasarkan India sahaja untuk projek berkenaan, dan mungkin diperluaskan selepas percubaan di India.


TIPS & ULASAN