Bagi mereka yang inginkan monitor dengan kadar respon tinggi, kini Asus Republic of Gamers (RoG) telah memperkenalkan sebuah lagi monitor baru daripada mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Swift PG278Q Gaming Monitor.
Monitor ini membawakan skrin bersaiz 27-inci dengan papada WQHD dan kadar refresh pada 144Hz dan juga masa respon sekitar 1ms – sekaligus amat sesuai untuk digunakan untuk permainan yang memerlukan kadar grafik yang tinggi, terutamany untuk permainan yang mempunyai ciri-ciri gerakan pantas dan sebagainya.
Melengkapkan monitor ini juga adalah sokongan teknologi NVIDIA G-Sync, yang mana membawakan visual yang lebih kemas dan lancar ketika digunakan.
Pihak Asus turut melengkapkan monitor ini dengan beberapa ciri-ciri khas, termasuk sokongan hotkey Asus GamePlus, dan rekaan yang amat menarik – sekaligus untuk memudahkan ia membebaskan haba dengan pantas untuk memblehkan pengguna menggunakannya untuk tempoh yang lama.
Di Malaysia, monitor bersaiz 27-inci ini boleh didapati pada harga RM2769.