Pelajar Baru Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Menerima iPad Percuma Untuk Pembelajaran

Pelajar Baru Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Menerima iPad Percuma Untuk Pembelajaran

Diterbitkan pada Sep 2, 2014 oleh .

Dengan arena teknologi bergerak pantas, kini dilihat Universiti Malaysia Kelantan memberikan sebanyak 3,100 iPad kepada pelajar-pelajar yang baru mendaftar masuk untuk sesi September 2014/15 di universiti berkenaan.

Ia dilaporkan yang mana iPad tersebut diberikan secara percuma bertujuan untuk memudahkan pelajar mengikuti kelas berkonsepkan interaktif menggunakannya.

Pengagihan iPad ini dikatakan akan dilakukan bermula 18 September ini kepada pelajar-pelajar yang baru mendaftar masuk ke universiti berkenaan.

Mungkinkah selepas ini kita turut akan melihat pelbagai universiti lain turut menawarkan iPad atau tablet secara percuma kepada pelajar mereka untuk memudahkan pembelajaran?

UMK iPad


TIPS & ULASAN