Gambar Dan Spesifikasi Sony Xperia Z3 Compact Tertiris

Gambar Dan Spesifikasi Sony Xperia Z3 Compact Tertiris

Diterbitkan pada Sep 2, 2014 oleh .

Sony sedia menjadualkan acara khas mereka di IFA 2014 yang akan berlangsung esok, dimana mereka dijangka akan memperlihatkan beberapa peranti – termasuk jam tangan pintar, tablet, dan juga telefon pintar.

Xperia Z3 Compact

Sony dijangka akan memperlihatkan beberapa telefon pintar baru, dan salah satunya adalah Xperia Z3 Compact. Peranti ini akan membawakan spesifikasi seumpama Xperia Z3 yang turut bakal dilancarkan, tetapi dengan saiz skrin yang kecil – sesuai dengan mereka yang mempunyai saiz tangan kecil atau inginkan peranti pada saiz dibawah 5-inci.

Melalui spesifikasi yang tertiris, ia dilihat akan menggunakan skrin bersaiz 4.6-inci dengan resolusi 720×1280 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 801 2.5GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 20.7-megapixel, kamera hadapan 2.2-megapixel, dan bateri berkapasiti 2600mAh.

Sokongan popular seperti kalis air dan debu turut dijangka akan disertakan, selain sokongan merakamkan video pada resolusi 4K.

Disamping itu, seperti keluarga Xperia Z1 Compact sebelum ini, ia turut dijangka akan hadir dalam beberapa pilihan warna.

Sony dijangka akan memperkenalkan peranti ini esok, bersama-sama dengan tablet bersaiz sekitar 8-inci, dan juga jam tangan pintar baru daripada mereka.

Xperia Z3 Compact

Xperia Z3 Compact


TIPS & ULASAN