Sony QX1 Bakal Membawakan Lensa-Kamera Dengan Sokongan Lensa Boleh-Ubah

Sony QX1 Bakal Membawakan Lensa-Kamera Dengan Sokongan Lensa Boleh-Ubah

Diterbitkan pada Sep 2, 2014 oleh .

Sony pada tahun lepas telah memperkenalkan lensa-kamera dibawah keluarga QX, dimana ia membawakan sebuah lensa yang boleh dihubungkan kepada sebarang telefon pintar Android dan iOS untuk merakamkan gambar dengan lebih cantik. Kini, selang setahun, pihak Sony dilihat bakal memperkenalkan kemaskini untuknya.

SmartShot-QX1-mit-Xperia-von-Sony_04-640x447

Melalui gambar yang tertiris hari ini, ia dilihat lensa-kamera baru daripada Sony ini bakal menyertakan sokongan untik mengubah lensa, lebih kurang seperti pada kamera DSLR.

Seperti biasa, lensa yang dikenali QX1 ini bakal membawakan sokongan untuk menghubungkan lensa-kamera E-Mount kepada peranti, dan kemudian menghubungkan lensa yang disukai pengguna kepadanya.

Ia turut dikatakan yang mana Sony mungkin membolehkan pengguna Sony Alpha dengan lensa mesra E-Mount untuk menggunakan lensa tersebut pada QX1 ini.

SmartShot-QX1-mit-Xperia-von-Sony_01-640x447

Sony dijangka akan memperkenalkannya pada acara IFA 2014 yang dijadualkan esok, dan turut akan memperkenalkan beberapa telefon pintar baru dan peranti lain pada acara tersebut.


TIPS & ULASAN