BlackBerry Menjadualkan Acara Khas Pada 24 September – BlackBerry Passport?

BlackBerry Menjadualkan Acara Khas Pada 24 September – BlackBerry Passport?

Diterbitkan pada Sep 3, 2014 oleh .

Bulan September dilihat merupakan salah satu bulan tumpuan untuk mereka yang mengemarkan gajet, dimana pelbagai jenama mengumumkan perkara baru. Terkini, pihak BlackBerry turut menjadualkan sebuah acara khas pada 24 September ini yang akan diadakan di Toronto, London dan Dubai pada waktu yang sama.

Blackberry Passport

Pihak BlackBerry tidak menyatakan mengenai apakah yang bakal mereka lancarkan, namun pelbagai spekulasi mengatakan ia berkemungkinan adalah berkaitan dengan BlackBerry Passport. BlackBerry Passport telah diperlihatkan oleh pihak BlackBerry beberapa kali sebelum ini, dimana ia hadir dengan skrin sentuh, dan turut dilengkapi dengan papan kekunci QWERTY.

Mungkin juga pada acara sama kita akan dapat mendengar mengenai BlackBerry 10.3, disamping apakah fungsi-fungsi menarik pada peranti berkenaan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan oleh Blackberry pada acara berkenaan kelak.


TIPS & ULASAN