HP Chromebook 14 Kini Di Malaysia – Berharga RM1199

HP Chromebook 14 Kini Di Malaysia – Berharga RM1199

Diterbitkan pada Sep 3, 2014 oleh .

HP Chromebook 14Penawaran komputer berasaskan Chrome OS boleh dikatakan masih sedikit di pasaran tempatan. Secara rasminya, hanya pihak Samsung (melalui Yes) yang menawarkannya, dan kini HP turut menyertainya dengan mula menawarkan Chromebook 14 di pasaran Malaysia.

HP Chromebook 14 dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Celeron 2955U, memori sebanyak 4GB DDR3L SDRAM, ruangan storan 16GB, skrin bersaiz 14-inci, dan dijana menggunakan Chrome OS.

Di Malaysia, pihak HP menyenaraikan komputer riba berasaskan Chrome OS ini pada harga RM1199, dan boleh didapati melalui HP Malaysia Store bermula hari ini.

Jadi, sekiranya anda tercari-cari komputer riba yang memfokuskan kepada penggunaan pelayar web dan pelbagai aplikasi berasaskan web, mungkin anda boleh mendapatkannya.


TIPS & ULASAN