Opera 24 Hadir Dengan Sokongan Tab Preview

Opera 24 Hadir Dengan Sokongan Tab Preview

Diterbitkan pada Sep 3, 2014 oleh .

Opera yang berasaskan enjin Chromium kini bergerak selangkah demi selangkah kehadapan, dan terkini pembangunnya telah pun melancarkan Opera 24 untuk pengguna Windows dan Mac, serta hadir dengan pelbagai fungsi baru.

Opera 24 Tab Preview

Salah satu perkara yang menjadi fokus utama pada Opera 24 ini adalah sokongan Tab Preview. Dengan fungsi ini, ia membolehkan pengguna untuk hanya meletakkan (hover) tetikus diatas sesuatu tab untuk seketika, dan ia akan memperlihatkan halaman web tersebut dalam sebuah tetingkap khas pada tab sedia ada anda.

Disamping itu, pihak Opera turut mengumumkan yang mana kini mereka mempunyai lebih 1000 pemalam yang dioptimasikan untuk pelayar web berkenaan, dan sedia digunakan pengguna Opera seluruh dunia.

Bagi pengguna Opera, anda boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, atau anda juga turut boleh memuat-turun pelayar web ini secara percuma dari laman utama Opera.com

Muat-Turun Opera untuk Desktop


TIPS & ULASAN