Meizu MX4 Kini Rasmi – Skrin 5.36-inci, Kamera 20.7-MP, Flyme 4.0 OS

Meizu MX4 Kini Rasmi – Skrin 5.36-inci, Kamera 20.7-MP, Flyme 4.0 OS

Diterbitkan pada Sep 3, 2014 oleh .

Dalam pelbagai pengeluar telefon pintar dari China, Meizu merupakan salah satu yang popular, dan merupakan antara pengeluar terawal yang bakal menawarkan telefon berasaskan Ubuntu. Terkini, mereka turut hadir dengan sebuah telefon baru, dinamakan sebagai Meizu MX4.

Meizu MX4

Meizu MX4 mengabungkan teknologi daripada pelbagai jenama terkemuka, termasuk daripada pihak Sony dan juga Sharp. Meizu menggunakan skrin paparan daripada Sharp pada saiz 5.36-inci dengan paparan HD penuh. Disamping itu, ia turut dijana menggunakan cip lapan teras Mediatek MTK6595, kamera 20.7-megapixel daripada Sony yang turut boleh merakamkan video 4K, serta dilengkapi dengan bateri 3100mAh. Untuk kamera hadapan, ia menggunakan kamera 2-megapixel.

Meizu MX4

Meizu MX4 turut dilengkapi dengan sistem operasi berasaskan Android mereka tersendiri yang dinamakan sebagai Flyme versi 4.0.

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja, dan mungkin kita akan dapat melihat beberapa penjual tempatan membawa masuk set import tersebut ke pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN