Cari @ Amanz

Sony bakal memperkenalkan telefon pintar baru mereka dalam masa lebih kurang 10 jam lagi, dan kini beberapa gambar baru hadir memperlihatkan peranti baru yang akan diumumkan oleh Sony kelak.

Xperia Z3

Xperia Z3 merupakan kemaskini kepada keluarga Xperia Z, dimana ia dilihat membawakan kemaskini daripada spesifikasi, rekaan dan turut sama menggunakan warna peranti baru. Salah satu warna peranti baru yang digunakan pada peranti Xperia Z3 adalah warna tembaga pada peranti tersebut.

Sony Smartband Talk

Disamping itu, pihak Sony juga turut dijangka akan memperkenalkan SmartBand Talk – yang mana kemaskini kepada keluarga SmartBand dan hadir dengan skrin paparan berasaskan e-ink.

Seperti biasa, maklumat lanjut kepada kedua-dua peranti ini dijangka akan diketahui ramai hari ini.

Xperia Z3

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd