Lenovo Hadir Dengan Tablet Android Berasaskan Intel Pertama – Lenovo Tab S8

Lenovo Hadir Dengan Tablet Android Berasaskan Intel Pertama – Lenovo Tab S8

Diterbitkan pada Sep 3, 2014 oleh .

Lenovo hari ini memulakan pengenalan peranti baru mereka, dimana mereka mulakan dengan memperkenalkan sebuah tablet baru berasaskan cip pemprosesan Intel, dinamakan sebagai Lenovo Tab S8.

Lenovo Tab S8

Lenovo Tab S8

Lenovo Tab S8 hadir dengan skrin bersaiz 8-inci dengan resolusi 1920×1200 pixel, kamera hadpaan 1.6-megapixel, kamera belakang 8-megapixel dengan lensa rakaman luas, memori sebanyak 2GB RAM, dan ruangan storan sebesar 16GB.

Lenovo turut melengkapkan tablet ini dengan pelbagai aplikasi khusus daripada mereka, disamping ia turut hadir dengan sokongan LTE, dwi-speaker pada bahagian hadapan, dan dikatakan menawarkan masa bertahan bateri sehingga 7 jam.

Lenovo Tab S8 ini bakal ditawarkan tidak lama lagi pada harga $199 (~RM633)


TIPS & ULASAN