Samsung Galaxy V Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM299

Samsung Galaxy V Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM299

Diterbitkan pada Sep 3, 2014 oleh .

Samsung secara diam-diam dilihat telah memperkenalkan satu lagi model baru dibawah keluarga Galaxy, iaitu Samsung Galaxy V – ditujukan kepada segmen mereka yang memerlukan peranti pada harga rendah.

Samsung Galaxy V

Galaxy V dilihat hadir dengan skrin bersaiz 4-inci, menggunakan cip pemprosesan 1.2Ghz, memori sebanyak 512MB RAM, kamera belakang 3-megapixel, dan kamera hadapan dengan sokongan panggilan video.

Menariknya, peranti ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM, dan turut menggunakan Android 4.4 KitKat yang terbaru. Samsung Galaxy V ini boleh dikatakan masih tidak ditawarkan di negara lain, dan Malaysia antara negara terawal yang menawarkannya – lebih kurang seperti Galaxy Mega 2 sebelum ini.

Di Malaysia, Samsung mula menjualnya pada harga RM299 dan boleh didapati daripada pengedar rasmi Samsung seluruh negara.


TIPS & ULASAN