Lenovo Memperkenalkan Komputer Riba Memfokuskan Permainan Dengan Skrin Sentuh – Lenovo Y70 Touch

Lenovo Memperkenalkan Komputer Riba Memfokuskan Permainan Dengan Skrin Sentuh – Lenovo Y70 Touch

Diterbitkan pada Sep 3, 2014 oleh .

Selain daripada tablet, Lenovo juga turut menambah portfolio penawaran komputer riba mereka, dimana mereka telah memperkenalkan Lenovo Y70 Touch yang hadir dengan sokongan skrin sentuh dan juga tenaga pemprosesan yang tinggi.

Lenovo Y70 Touch

Komputer riba memfokuskan kepada penggunaan permainan dan multimedia ini menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7, dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GTX, dan turut hadir dengan skrin sentuh bersaiz 17-inci – sekaligus menjadikannya sebagai komputer riba dengan skrin sentuh terbesar daripada Lenovo. Komputer riba ini hadir dengan sokongan memori sehingga 16GB DDR3L, ruangan storan 1TB SSHD atau 256GB SSD.

Disamping itu, ia turut hadir dengan sokongan speaker stereo yang direkabentuk oleh JBL, dan dikuasakan dengan Dolby Advanced Audio.

Sokongan lain seperti pemain DVD dan Blu-Ray tuut disertakan, dan pihak Lenovo mengatakan ia mampu bertahan sehingga 5 jam dibawah kuasa bateri. Komputer riba ini dijangka akan ditawarkan bermula bulan Oktober ini dan diperluaskan ke seluruh dunia secara berperingkat.


TIPS & ULASAN