Opera Memulakan Pendaftaran Minat Ujian Beta Opera Mini Untuk Windows Phone

Opera Memulakan Pendaftaran Minat Ujian Beta Opera Mini Untuk Windows Phone

Diterbitkan pada Sep 3, 2014 oleh .

Opera, selain daripada pelayar web desktop mereka, mereka lebih dikenali dengan penawaran pelayar web pada peranti mudah-alih. Kini dilihat mereka turut bakal menawarkan pelayar web untuk peranti Windows Phone tidak lama lagi.

Opera mini WP

Sebuah halaman khas telah pun diterbitkan oleh Opera, dimana kini mereka membuka pendaftaran minat untuk pelayar web Opera Mini yang bakal hadir tidak lama lagi untuk Windows Phone.

Buat masa ini, masih tiada pautan muat-turun yang disediakan, dan mungkin ia akan ditawarkan kepada pengguna Windows Phone dalam masa terdekat ini. Apa pun, jika anda menggunakan Windows Phone, mungkin boleh mendaftarkan minat dan menggunakannya sebaik sahaja ia ditawarkan.

Daftar Minat : Opera Mini untuk Windows Phone


TIPS & ULASAN