Animonsta Menjalin Kerjasama Dengan Pengeluar Mainan Terkemuka TOMY

Animonsta Menjalin Kerjasama Dengan Pengeluar Mainan Terkemuka TOMY

Diterbitkan pada Sep 3, 2014 oleh .

Animonsta merupakan salah satu syarikat animasi yang berkembang pesat dan aktif pada tahun ini. Mereka yang mempunyal pelbagai perancangan melibatkan BoBoiBoy dan juga telah hadir dengan saluran animasi Monsta kini telah menandatangani perjanjian kolaborasi bersama pengeluar mainan antarabangsa TOMY.

tomy-x-animonsta

Bagi anda yang tidak mengenali TOMY, TOMY merupakan pengeluar mainan antarabangsa yang terkenal dengan kolaborasi berprofil tinggi seperti Transformers, Pokemon, Disney Pixar dan banyak lagi. Syarikat dari Jepun ini baru sahaja meraikan ulangtahun mereka yang ke-90. Mereka juga ingin menembus pasaran rantau Asia Tenggara dan kerjasama sebegini dilihat sebagai titik bermulanya sasaran tersebut.

Menerusi kolaborasi ini, pihak Animonsta akan menghasilkan siri baru bermula pada tahun 2015 dan akan disiapkan pada 2016. Pihak TOMY pula bertanggungjawab untuk penghasilan set mainan mereka. Mereka juga sedang berbincang untuk menghasilkan set permainan untuk siri BoBoiBoy Galaxy.

Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat industri animasi tempatan dan pastinya bakal menaikkan semangat industri kreatif tempatan. Terbaik!


TIPS & ULASAN