Toshiba Encore Mini Diperkenalkan – Tablet Windows 8.1 Pada Harga Rendah Dari Toshiba

Toshiba Encore Mini Diperkenalkan – Tablet Windows 8.1 Pada Harga Rendah Dari Toshiba

Diterbitkan pada Sep 3, 2014 oleh .

Bersempena dengan IFA 2014, pelbagai pengeluar mengambil peluang untuk memperkenalkan produk mereka. Tidak ketinggalan adalah Toshiba, dimana mereka baru sahaja telah memperkenalkan tablet terbaru daripada mereka berasaskan kepada Windows 8.1, iaitu Toshiba Encore Mini.

Toshiba Encore Mini

Toshiba Encore Mini

Dari segi spesifikasi, tablet ini menggunakan cip pemprosesan Intel Atom, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 16GB (dengan sokongan kad-SD), dan turut dilengkapi dengan kamera hadapan dan belakang, selain menyertakan port mikro-USB.

Apa yang menariknya mengenai tablet ini adalah harga jualannya. Ia dihargakan sekitar $119 (~RM378) untuk pasaran Amerika Syarikat, dimana boleh dikatakan antara tablet Windows yang murah di pasaran.

Selain Toshiba, beberapa pengeluar lain turut menawarkan tablet berasaskan Windows 8, termasuk salah satu yang baru adalah syarikat dari Malaysia sendiri melalui Joi8.

Toshiba Encore Mini


TIPS & ULASAN