Cari @ Amanz

Papan kekunci fizikal pada hemat kami adalah jauh lebih mudah digunakan berbanding papan kekunci di atas skrin. Ini adalah kerana saiz kekunci yang lebih besar dan timbal balas tampak ketika menaip. Majoriti peranti pintar di pasaran mempunyai aksesori papan kekunci fizikal mereka sendiri. Ada yang menggunakan teknologi Bluetooth dan ada juga yang menggunakan sistem sambungan khas seperti yang digunakan pada tablet Surface 2. Masalahnya ialah kesemua papan kekunci khas ini direka untuk kegunaan satu jenis peranti dan satu jenis sistem operasi.

Logitech K480 berbeza dengan papan kekunci fizikal Blueetooth yang biasa anda lihat kerana ianya dicipta untuk digunakan oleh pelbagai peranti tanpa mengira sistem operasi yang digunakan, ia menyokong peranti Android, IOS, Chrome OS, Windows and Macintosh. Terdapat alur khas pada bahagian atas kekunci ini yang boleh anda gunakan untuk meletakkan telefon pintar ataupun tablet. Penukaran tambatan di antara peranti berbeza dilakukan dengan menggunakan suiz berputar. Sumber tenaga pula ialah dua biji bateri AAA biasa. Dengan harga jualan sekitar 50 Dollar, papan kekunci ini bukan sahaja dijual pada harga yang mampu milik malahan lebih murah dari kombinasi membeli aksesori berbeza untuk setiap peranti yang anda miliki

Logitech-K480-black-003

Logitech-K480-white-003

Sumber Logitech

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd