Acer Turut Menyertai Penawaran Tablet Windows Murah – Memperkenalkan Iconia Tab 8 W

Acer Turut Menyertai Penawaran Tablet Windows Murah – Memperkenalkan Iconia Tab 8 W

Diterbitkan pada Sep 3, 2014 oleh .

Acer sebelum ini merupakan pengeluar terawal yang hadir dengan tablet Windows bersaiz kecil, dan hari ini, dengan pelbagai persaingan daripada pengeluar lain daripada harga peranti, pihak Acer turut mengumumkan tablet baru mereka berasaskan Windows pada harga rendah.

Acer Iconia Tab 8W

Dinamakan sebagai Iconia Tab 8 W, ia membawakan cip pemprosesan Intel Atom Z3735G 1.33GHz, memori 1GB RAM, skrin bersaiz 8-inci, sokongan mikro-HDMI, mikro-SD, dan juga turut dilengkapi dengan ruangan storan 16GB.

Menurut Acer, bateri pada peranti ini akan bertahan sehingga lapan jam lamanya, dan memandangkan ia menjalankan Windows 8.1, maka pelbagai tugasan boleh dilakukan menggunakan tablet tersebut.

Dari segi harga, ia dilihat berharga sekitar $150 (~RM477), dan boleh dikatakan merupakan salah satu tablet yang akan menjadi tumpuan untuk mereka yang inginkan tablet berasaskan Windows 8.1 untuk membuat tugasan dan menikmati multimedia menggunakannya.


TIPS & ULASAN