Asus Zenbook, EeeBook dan MeMo Pad 7 Turut Dilancarakan di IFA 2014

Asus Zenbook, EeeBook dan MeMo Pad 7 Turut Dilancarakan di IFA 2014

Diterbitkan pada Sep 3, 2014 oleh .

Selain jam pintar ZenWatch, asus turut memperlihatkan tiga lagi produk terkini mereka di IFA 20014 iaitu model terbaru Asus Zenbook UX305, EeeBook X205 dan MeMO Pad 7 Asus Zenbook UX305 ialah kemaskini Ultrabook mereka yang diperkenalkan pada tahun 2011. Kali ini ia dilengkapi skrin 13.3 inci dengan resolusi 3200 x1800 pixel. Kami difahamkan ianya bukanlah skrin sesentuh. Ia diperkasakan pemproses Intel Core M dan muatan dalaman SSD sebesar 256 Gigabyte. Asus mendakwa hayat bateri Ultrabook seberat 1.2 Kilogram ini mampu bertahan sehingga 10 jam. Badan Ultrabook ini diperbuat daripada aluminium dan terdapat dua pilihan warna iaitu Obsidian Black dan Ceramic Alloy . Harga jualan masih belum diumumkan buat masa ini.

ASUS ZENBOOK UX305_PR01

 

Asus EeeBook X205 pula ialah komputer riba kelas permulaan yang mensasarkan golongan pelajar. Ianya dilengkapi skrin  11.6″ LED, pemproses Intel Atom empat teras, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 32/64 Gigabyte.  Ketahanan bateri pula ialah 12 jam berterusan ataupun 14 hari didalam mod standby . Komputer riba ini boleh didapati di dalam pilihan empat warna berbeza dan bakal dijual pada harga 199 Euro (RM832). Ini bermakna ianya dijual pada harga yang sama dengan sebuah Asus ZenWatch.

ASUS EeeBook X205-black

Akhir sekali ialah sebuah lagi tablet dari Asus iaitu MeMo Pad 7.  Tablet dengan skrin 7″ IPS LCD HD Penuh ini diperkasakan oleh pemproses Intel Atom empat teras 64 bit. Kamera utama adalah sebesar 5 Megapixel dan kamera hadapan pula ialah sebesar 2 Megapixel. Terdapat dua versi yang akan memasuki pasaran iaitu versi Wifi dan juga LTE. Dari segi pilihan warna pula terdapat tiga pilihan iaitu  Burgundy Red, Champagne Gold dan Gentle Black. Harga jualan tablet Android ini juga ialah 199 Euro sebuah.

ASUS MeMO Pad 7 gold

 

 


TIPS & ULASAN