Samsung Galaxy Note Edge Diperkenalkan – Hadir Dengan Skrin Melengkung

Samsung Galaxy Note Edge Diperkenalkan – Hadir Dengan Skrin Melengkung

Diterbitkan pada Sep 3, 2014 oleh .

Bersama-sama dengan pengenalan Samsung Galaxy Note 4, pihak Samsung turut memperkenalkan sebuah lagi variasi peranti baru dibawah keluarga Note, iaitu Galaxy Note Edge. Seperti pada namanya, kini ia menggunakan skrin melengkung pada bahagian tepi untuk membolehkan pengguna melihat notifikasi pada bahagian tepi peranti dengan menarik.

Untuk menjayakan perkara ini, Samsung membuat sedikit perubahan pada sistem operasi mereka, dimana ia dioptimasikan untuk membolehkan pengguna melihat pelbagai notifikasi dengan mudah pada peranti tersebut tanpa perlu membuka skrin utama peranti berkenaan.

Galaxy Note Edge

Dari segi spesifikasi, Galaxy Note Edge hadir dengan skrin bersaiz 5.6-inci dengan paparan Super AMOLED Quad HD, kamera belakang 16-megapixel OIS, dan kamera hadapan 3.7-megapixel. Berbeza dengan Galaxy Note 4, versi Galaxy Note Edge ini hanya akan ditawarkan di beberapa pasaran terpilih sahaja.

Bagi para pembangun pula, Samsung akan mula menawarkan SDK khusus untuknya bermula hari ini.

Galaxy Note Edge


TIPS & ULASAN