Samsung Gear VR – Peranti Realiti-Maya Hasil Kerjasama Oculus

Samsung Gear VR – Peranti Realiti-Maya Hasil Kerjasama Oculus

Diterbitkan pada Sep 3, 2014 oleh .

Melengkapkan pengenalan Galaxy Note 4 adalah pengenalan peranti boleh-pakai yang baru, iaitu Samsung Gear VR. Ia merupakan salah satu peranti boleh-pakai yang ditujukan untuk digunakan pada kepala untuk menikmati permainan dan juga beberapa kandungan multimedia menggunakannya.

Samsung Gear VR

Untuk hadir dengan Gear VR, pihak Samsung bekerjasama dengan pihak Oculus – salah satu syarikat dibawah Facebook.

Bagi menggunakan Gear VR, pengguna perlu menggunakan Galaxy Note 4 sebagai skrin untuknya, dan ia dikatakan menawarkan pengalaman menonton kandungan 360-darjah yang mana berubah mengikut gerakan kepala kita. Samsung mengatakan lensanya menawarkan pandangan sekitar 96-darjah menggunakannya.

Samsung Gear VR akan ditawarkan dalam warna putih dan akan ditawarkan bersama-sama beberapa syarikat telekomunikasi seluruh dunia pada tahun ini.

Samsung Gear VR

Samsung Gear VR


TIPS & ULASAN