Sony Xperia Z3 Dan Z3 Compact Dilancarkan

Sony Xperia Z3 Dan Z3 Compact Dilancarkan

Diterbitkan pada Sep 3, 2014 oleh .

Setelah beberapa gambar dan spesifikiasinya tertiris ke arena web, akhirnya Sony Xperia Z3 dilancarkan secara rasmi di IFA 2014. Seperti yang dijangkakan peranti-peranti ini mengekalkan rekaan Omnibalance yang diperkenalkan sejak Xperia Z1. Kita mulakan dengan Xperia Z3. Ia diperkasakan pemproses 2.5 GHZ empat teras Snapdragon 801, 3 Gigabyte RAM, muatan dalaman 16 Gigabyte dan bateri sebesar 3100 mAh. Skrinnya pula ialah 5.2″ pada resolusi HD Penuh. Kemampuan optik kamera utamanya pula ialah 20.7 Megapixel dan kamera hadapannya pula 2.2 Megapixel.  Ia mampu mengambil video pada resolusi 4K. Ketahanan air dan debu pula ialah IP 68. Jika dibandingkan dengan Xperia Z2 yang hadir ke pasaran tempatan April lalu, perbezaan dari segi spesifikasi tidak begitu ketara. Menurut Sony ketahanan bateri Z3 adalah sehingga 2 hari. Ini adalah menakjubkan kerana saiz bateri pada Z3 adalah 3100 mAh dan ini adalah 100 mAh lebih kecil berbanding Z2.

xperia-z3

xperia-z3.-2

 

Xperia Z3 Compact pula mempunyai skrin sebesar 4.6″ LCD IPS Triluminos dengan resolusi 720P. Pemproses masih lagi sama dengan Z3 iaitu 2.5 GHZ empat teras Snapdragon 801, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 20.7 Megapixel dan kamera hadapan sebesar 2.2 Megapixel. Walaupun ianya edisi kompak, peranti ini masih mampu mengambil video pada resolusi 4K.  Saiz bateri pula ialah 2600 mAh.

Kedua – dua telefon pintar ini menyokong fungsi Remote Play Playstation 4. Ini bermakna anda boleh menjadikannya skrin kedua untuk bermain permainan PS4 kegemaran anda apabila anda tidak duduk di hadapan televisyen. Xperia Z3 dan Z3 Compact akan mula dijual musuh luruh ini.

xperia-z3-compact-white-1240x840-f40248bb3132354ba48c58041e244284---Copy xperia-z3-compact-gallery-02-1240x840-d4b40e38d70a9a192c7e2742778d113b---Copy


TIPS & ULASAN