Carian
Sony QX1 Diperkenalkan Dengan Sokongan Lensa Boleh-Ubah
September 4, 2014 Aman

Sony selain memperkenalkan peranti mudah-alih baru, mereka turut sama memperkenalkan sebuah lagi lensa-kamera baru dibawah keluarga QX, iaitu Sony QX1. Sony QX1 ini menyertakan sokongan sensor 20.1-megapixel APS-C, yang membolehkan pengguna merakamkan gambar berkualiti tinggi menggunakannya.

Sony QX1

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Sony QX1 turut hadir dengan sokongan lensa boleh-ubah menggunakan Sony E-Mount, dimana pengguna boleh menggunakan lensa yang serasi dengannya pada peranti ini – terutamanya lensa Sony NEX.

Dari segi perisian pula, Sony kini turut menyertakan sokongan untuk menyimpan gambar dalam bentuk RAW, selain daripada sokongan menyimpan dalam bentuk JPG. Fungsi lain seperti Superior Auto turut disertakan pada peranti ini.

Mungkin kita akan dapat melihat lensa-kamera baru ini dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi – bersama-sama beberapa peranti baru Sony.

Sony QX1

Sony QX1

Komen