Lensa-Kamera Sony QX30 Diperkenalkan Dengan Sokongan Zoom Sehingga 30x

Lensa-Kamera Sony QX30 Diperkenalkan Dengan Sokongan Zoom Sehingga 30x

Diterbitkan pada Sep 4, 2014 oleh .

Selain memperkenalkan lensa-kamera dengan lensa boleh-ubah, pihak Sony turut sama memperkenalkan kemaskini kepada keluarga QX dengan Sony QX30. Seperti pada namanya, ia menyertakan sokongan zoom sehingga 30 kali.

Sony QX30

Dari segi sensor, ia menggunakan sensor 20.4-megapixel 1/2.3 Exmor R CMOS, dan membolehkan pengguna merakamkan video 1080/60p menggunakannya. Seperti versi sebelum ini, ia turut menyokong untuk menyimpan rakaman pada mikro-SD ataupun terus pada peranti mudah-alih pengguna. Untuk pengecasan, ia boleh dilakukan menggunakan mikro-USB.

Sony QX30 ini bakal ditawarkan bermula bulan hadapan pada harga $350 (~RM1113).


TIPS & ULASAN