Reddit Melancarkan Aplikasi Reddit AMA Untuk Pengguna iPhone

Reddit Melancarkan Aplikasi Reddit AMA Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan pada Sep 4, 2014 oleh .

Saluran Ask Me Anything pada laman Reddit merupakan salah satu saluran yang popular kerana ia membolehkan pengguna berinteraksi dan bertanyakan pelbagai persoalan kepada seseorang. Ramai yang pernah menyertainya seperti Andrew Scott (aktor rancangan Sherlock), Bill Gates, HTC, dan ramai lagi. Ia juga tidak terhad kepada orang kenamaan sahaja, malah sesiapa sahaja yang boleh menyertainya dan membuka topik sesi soal jawab berkaitan sesuatu perkara melaluinya.

Bagi penggemar AMA atau saluran tersebut, kini pasukan pembangun Reddit telah melancarkan secara rasminya sebuah aplikasi khusus untuk saluran Ask Me Anything, dan ditawarkan untuk platform iOS buat masa ini. Versi Android untuk aplikasi ini dijangka akan hadir tidak lama lagi.

Reddit AMA

Menggunakannya, pengguna boleh bertanyakan soalan, melihat AMA terbaru, mendapat notifikasi berkaitan AMA terkini, dan sebagainya.

Dengan hadirnya aplikasi Ask Me Anything, pada pendapat kami, ia akan menyenangkan lagi buat pengguna internet untuk mengenali dan berjinak-jinak dengan laman Reddit yang kaya dengan sumber informasi.

Jadi, sekiranya anda merupakan peminat tegar Reddit, khususnya saluran Ask Me Anything, apakah pendapat anda mengenai aplikasi ini?

Muat-Turun Reddit AMA untuk iOS


TIPS & ULASAN