Baidu Eye : Cermin Mata Pintar Dari China

Baidu Eye : Cermin Mata Pintar Dari China

Diterbitkan pada Sep 4, 2014 oleh .

Revolusi peranti boleh-pakai dimulakan oleh Google Glass dua tahun yang lalu. Sehingga kini cermin mata pintar keluaran Google ini masih tidak terjual secara rasmi di Malaysia dan pemilikannya juga adalah cukup terhad. Beberapa syarikat lain cuba mengisi kekosongan di dalam pasaran cermin mata pintar ini seperti HattrickWear dan Neurocam. Baidu, syarikat carian gergasi China memperlihatkan cermin mata pintar mereka semalam yang diberi nama Baidu Eye.

Tidak seperti Google Glass, Baidu Eye tidak mempunyai sistem paparan skrin di hadapan mata pengguna. Sebaliknya ia hanya dilengkapi kamera, mikrofon dan fon telinga. Menurut Baidu sistem paparan skrin mini yang digunakan Google tidak mesra pengguna dan hanya menghabiskan bateri. Baidu Eye ditambat kepada telefon pintar anda dan segala maklumat yang anda mahukan akan dipaparkan pada skrin telefon apabila diperlukan. Ini dilakukan dengan aplikasi khas Baidu yang boleh mengesan objek apa yang anda sedang lihat dan mengenalpastinya untuk anda. Selain mengesan objek yang dilihat, Baidu Eye menyokong kawalan suara dan kawalan pergerakan tangan anda. Tiada maklumat penuh mengenai spesifikasi cermin mata pintar ini, peranti yang disokong ataupun bila ia akan memasuki pasaran. Baidu hanya memperlihatkan prototaip ini untuk melihat reaksi orang ramai dan mendapatkan maklum balas pengguna.

Baidu-eye-1

Baidu-eye2

Sumber FastCo


TIPS & ULASAN