Cari @ Amanz

Lenovo Malaysia hari ini secara rasminya telah menambah satu lagi peranti baru dibawah penawaran mereka, iaitu Lenovo S850. Telefon pintar bersaiz 5-inci, dan dijana Android 4.4 KitKat ini akan dijual pada harga RM729.

Lenovo S850

Lenovo mengatakan peranti ini memfokuskan kepada mereka yang mengemarkan rekaan yang unik dengan penggunaan kaca sepenuhnya, selain turut memfokuskan kepada sokongan selfie menggunakan kamera hadapan.

Lenovo S850 menggunakan cip pemprosesan MediaTek MTK6582 1.3GHz, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan terbina 16GB, kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Selain daripada itu, telefon pintar ini turut hadir membawakan sokongan dwi-SIM, membolehkan pengguna menggunakan dua talian berbeza padanya.

Telefon pintar yang ditawarkan dalam warna merah-jambu, putih dan biru ini boleh didapati di pasaran tempatan bermula hari ini.

Lenovo S850

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd