Cari @ Amanz

Intel Malaysia dan juga SNS hari ini secara rasminya telah memperkenalkan sebuah tablet baru daripada syarikat tempatan yang dinamakan sebagai Joi 8. Seperti telah dimaklumkan semalam, Joi8 dijual pada harga RM499 di Malaysia.

Joi8 Windows

Menariknya, untuk promosi pengenalan ini, seramai 100 orang pembeli pertama akan menerima tawaran untuk mendapatkan tablet Joi8 dan juga televisyen Samsung 32-inci LED pada harga RM999.

Joi8 dijana menggunakan sistem operasi Windows 8.1 Bing, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan pelbagai aplikasi dan perisian padanya. Namun, memandangkan ia hanya hadir dengan spesifikasi rendah, maka ia mungkin agak sukar untuk menjalankan perisian yang memerlukan tenaga pemprosesan tinggi.

Apa pun, dari segi penggunaan, ia boleh dikatakan yang mana Joi8 membolehkan anda membuat tugasan asas seperti mengakses dan menyunting dokumen, menonton fail multimedia, mengakses web dan sebagainya.

Joi8 bersaiz 8-inci ini hadir dengan skrin pada resolusi 1280×800 pixel, menggunakan cip empat-teras Intel Atom, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan 16GB dengan sokongan mikro-SD, dan hadir dengan kelebihan port mikro-HDMI. Tablet ini juga turut hadir dengan kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, serta sokongan perisian Office 365 Personal.

Joi8 Intel

Jadi, dengan harga serendah RM499, mungkinkah ia akan membuatkan anda tertarik untuk mendapatkannya?

  • Info
  • Kemaskini: Sekiranya anda ingin berhubung secara terus dengan pihak SNS, anda boleh menghubungi Mike Chu, Eksekutif Pemasaran SNS Network di 0164221018 (sms/whatsapp diterima) atau menghantar emel ke [email protected] 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd